Friday, 8 March 2013

BBM3410 Semester 6 !!!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t kepada kalian yang sudi menjengah di blog ini. Sekalung kesyukuran kupanjatkan kepada ilahi kerana akhirnya terhasil jua blog ini. Seraut penghargaan kepada sahabat-sahabatku yang secara langsung atau tidak langsung yang membantuku sepanjang pengajianku di Universiti Putra Malaysia yang sudah hampir ke penamatnya, In Sha Allah.

        BBM3410, itulah tajuk entriku untuk julungnya. Ya, sememangnya inilah tajuk entriku ini. Hehe. Sememangnya aku bukannya penggemar alam maya. Bukannya tidak celik it tetapi mungkin kecenderunganku lebih kepada aktiviti mengisi masa lapang yang lain melibatkan aktiviti berkebun. Ibuku selalu pesan kalau tengok pepohonan hijau memtenteramkan fikiran disamping menyegarkan mata. Kagum sungguh diriku dengan ibuku yang tidak pernah jemu memdidik anaknya sehingga sekarang. Berbalik kepada subjek ini, diriku diwajibkan mengambil subjek ini iaitu dengan terangnya ialah subjek Bahasa Dalam Multimedia. Ternyata pada tanggal 6.3.2013 subjek ini telah diambilalih oleh Dr Normaliza ataupun dikenali dengan nama samaran Dr Notts. Sangkaanku terhadap dunia maya multimedia bertukar menjadi sesuatu yang menarik untuk diterokai melalui pembelajaran di dalam kelas bahasa dalam multimedia. Ya, ternyata alam maya yang diterokai didalam subjek ini seperti twitter, blog dan lain-lain lagi merupakan medium yang menarik untuk diterokai didalam mengasah dan mengembangkan idea dengan penggunaan yang betul.

        Sekalung penghargaan untuk Dr Normaliza dan Dr Arbaie Sujud selaku tenaga pengajar didalam subjek ini yang mencurahkan ilmu yang tidak bertepi kepada anak didiknya. Anak didikmu ini berharap dengan tunjuk ajar dan bimbinganmu dalam kelanaku ini sebagai pengembara ilmu. Semoga banyak lagi perkara baru dapat dipelajari dalam subjek ini didalam kelas. Sekian sahaja coretan ku dilaman ini, tidak sabar rasanya menghadiri ke kelas belajar subjek BBM 3410 . Terima kasih.